Madagascar News Observer
SEE OTHER BRANDS

Following business and economy news from Madagascar

Sarjana Undang-undang Tersohor dan Pendokong Tadbir Urus Awam, Profesor Spyridon Flogaitis, Terima Anugerah Warganegara Global Berprestij

LONDON, Nov. 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Profesor Spyridon Flogaitis, seorang sarjana undang-undang, ahli kehakiman dan penjawat awam yang terkenal di peringkat antarabangsa, telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Warganegara Global 2025. Beliau merupakan Pengarah dan Pengerusi Lembaga European Public Law Organization (EPLO), sebuah institusi yang berperanan dalam memupuk pembaharuan undang-undang dan nilai-nilai sivik merentasi benua. Anugerah tahunan ini, yang dianjurkan oleh firma perunding kediaman dan kewarganegaraan antarabangsa terkemuka Henley & Partners dengan kerjasama pertubuhan kemanusiaan bukan untung Switzerland, Andan Foundation, mengiktiraf komitmen seumur hidup beliau dalam memperkukuh institusi demokrasi, kedaulatan undang-undang serta akses perundangan bagi komuniti yang terpinggir.

Anugerah berprestij ini diberikan kepada individu yang menunjukkan keberanian dan dedikasi luar biasa dalam usaha mempertingkat serta menyokong kesejahteraan masyarakat global. Majlis penyampaian berlangsung pada resepsi gala sempena Persidangan Kewarganegaraan Global ke-19 di London, yang menghimpunkan perdana menteri, duta, pegawai kanan kerajaan, tokoh akademik ternama serta penasihat pelanggan dan profesional pengurusan kekayaan terkemuka.

Profesor Flogaitis menerima Global Citizen Award sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih beliau dalam memajukan bidang undang-undang awam, pendidikan perundangan dan reformasi institusi — khususnya di rantau yang berdepan kelemahan sistem demokrasi dan proses pemulihan pasca krisis. Sebagai Pengarah dan Pengerusi Lembaga European Public Law Organization (EPLO), beliau telah mengetuai pelbagai inisiatif berimpak tinggi bagi memperkukuh tadbir urus tempatan, melatih penjawat awam, dan memperluas akses kepada keadilan untuk golongan yang terpinggir. Usaha beliau telah memberikan kesan berpanjangan di Eropah Tenggara dan seterusnya, dengan membangunkan rangka kerja perundangan yang menjunjung hak asasi manusia serta menggalakkan penyertaan sivik.

Pengerusi Henley & Partners merangkap Pengasas Andan Foundation, Dr. Christian H. Kaelin, memuji sumbangan besar penerima anugerah tersebut. “Profesor Flogaitis telah membuktikan bahawa undang-undang boleh menjadi kuasa transformasi untuk keamanan, maruah dan keterangkuman. Komitmen beliau terhadap keadilan, ketahanan demokrasi dan kerjasama rentas sempadan mencerminkan makna sebenar menjadi seorang warganegara global. Kami berasa amat berbesar hati untuk mengiktiraf seorang pemimpin yang ketajaman intelek dan kejujurannya telah membentuk institusi serta menginspirasi generasi masa hadapan.”

Proses pemilihan Anugerah Warga Global tersebut adalah berdasarkan keputusan majoriti Jawatankuasa Anugerah Warga Global. Anugerah itu sendiri terdiri daripada pingat arca yang direka khas oleh artis Itali terkemuka Antonio Nocera, sijil anugerah yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Warga Global dan hadiah wang sebanyak USD 20,000, yang digunakan untuk menyokong usaha kemanusiaan penerima anugerah. Selain itu, Henley & Partners turut berikrar untuk bekerjasama rapat dengan penerima anugerah ini bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, dengan tujuan meningkatkan kesedaran terhadap sumbangan beliau dan memberikan sokongan melalui rangkaian firma tersebut yang merangkumi lebih 70 pejabat di seluruh dunia.

Sejak penubuhannya, Anugerah Warga Global telah memberikan penghormatan kepada ramai individu luar biasa. Penerima penghormatan pertama anugerah ialah usahawan Jerman, Harald Höppner, yang telah menubuhkan projek bantuan kemanusian pelarian Sea-Watch. Penerima terdahulu termasuk Dr. Imtiaz Sooliman, Pengasas Gift of the Givers Foundation, organisasi bantuan bencana terbesar di Afrika; Monique Morrow, Pengasas Bersama The Humanized Internet, sebuah projek identiti digital yang bertujuan membawa harapan kepada kira-kira 1.1 bilion individu di seluruh dunia yang tidak dapat membuktikan identiti sah mereka; Diep Vuong, Pengasas Bersama dan Presiden Pacific Links Foundation, yang diiktiraf atas usaha beliau di Asia Tenggara memperjuangkan hak mangsa pemerdagangan manusia; Prof. Dr. Padraig O’Malley, atas sumbangan beliau dalam penyelesaian konflik dan usaha perdamaian di Iraq, Ireland Utara, dan Afrika Selatan; serta Zannah Bukar Mustapha, atas kerja kemanusiaannya di Nigeria dalam membantu anak yatim dan memperjuangkan hak mangsa keganasan ekstremis. Tahun lalu, anugerah ini telah disampaikan kepada Yang Berhormat Mohamed Nasheed, aktivis hak asasi manusia terkemuka, bekas Presiden Maldives dan Setiausaha Agung Climate Vulnerable Forum, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau dalam tindakan iklim global serta usaha berterusan memperjuangkan kelestarian alam sekitar dan hak negara yang terdedah kepada ancaman perubahan iklim.

Dalam ucapan penghargaan kepada Henley & Partners dan Andan Foundation atas pengiktirafan yang diberikan, Profesor Flogaitis berkata: ‘Saya benar-benar berbesar hati menerima anugerah ini. Ia merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf atas usaha yang berpaksikan nilai kecemerlangan, khidmat, serta pengajaran abadi daripada keluarga dan tanah air saya.’

Untuk mendapatkan imej resolusi tinggi Profesor Flogaitis semasa menerima anugerahnya atau bagi sebarang permintaan temu bual, sila hubungi:
Sarah Nicklin
Emel: sarah.nicklin@henleyglobal.com
Telefon Bimbit: +27 72 464 8965


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions